Wednesday, June 22, 2011

--personaliti cermin peribadi seseorang--

Share

Tajuk yang mudah difahami dan dimengerti. Personaliti merupakan satu cabang psikologi di mana ia menggambarkan keperibadian dalam proses seseorang itu ingin menjadi seorang insan. Keperibadian yang disebut bukan sahaja melalui pemakaian seharian kita, namun banyak lagi contoh personaliti yang dapat menggambarkan peribadi seorang insan itu. Di antara personaliti yang dimaksudkan termasuklah, pertuturan, adab makan, adab dengan orang tua, hobi dan minat. Jangan menyangka setiap yang kita lakukan kelihatan OK dimata orang walaupun tiada yang menegur. 

Berkait rapat dengan zaman sekarang, orang pun tidak mahu dilabel mulut tempayan atau sibuk menjaga tepi kain orang. Oleh sebab itu, kita sendiri la yang perlu menilai diri kita sendiri samada, dikategorikan sebagai personaliti menarik dan berperibadi terpuji mahupun personaliti buruk serta berperibadi tak disegani. Jangan lah menjadi orang yang ditengah, kerana itu juga gambaran kepada seseorang yang tidak seimbang hati dan pemikirannya. Jika mahu bersederhana,biarlah sama berat personaliti dan peribadinya, dan yang pasti kedua2 perkara tersebut mampu untuk kita perbaiki. 

Ok,sebagai contoh yang pertama, personaliti dari segi pemakaian. Sekiranya anda seorang yang bertudung seimbangkanlah personaliti yang suci itu dengan luaran yang bersih. Jangan pula, sudah cantik dimata dan disisi Islam,tetapi bersikap pengotor. Sedangkan Islam juga suka akan kebersihan kan?? Orang pun akan suka apabila kita bersih dan sopan. Seterusnya, jadilah orang yang beradab dan berbudi bahasa. Adab itu mencerminkan asal usul kita dan siapa tenaga pengajarnya. Tak gitu? Mak dan Abah juga bangga dapat anak beradab ni. Inikan tidak, ada pula yang cantik dah rupa parasnya, cantik pemakaiannya, cantik mekapnya TAPI tidak beradab dengan ibu bapa. Jangan nak mengada2.Dengan ibu bapa bercakap kasar, melebihkan BF dr ibu bapa,tak nak ringankan tulang langsung dan jarang mahu berterima kasih kepada mereka.Apalah salahnya ucap terima kasih.Mudah je. Ingatlah kawan2, bila hati ibu bapa kita senang, insyaallah kita juga akan mendapat kesenangan dan ketenangan.*peringatan untuk aku juga!hehehe..Untuk contoh terakhir,hobi dan aktiviti masa lapang kita..Erm,saya pasti ramai diluar sana yang suka pergi karaoke kan? Konsert? Kurang2kan lah yea..boleh untuk pergi,tapi jangan sampai melalaikan dan memudharatkan.Fikir2lah sendiri mudharatnya apa.

Sebenarnya,tidak susah untuk mencapai personaliti dan peribadi yang cantik,hanya dengan kesungguhan dan keinginan untuk mendapat keberkatan Allah kita mesti berjaya lakukannya. Beberapa cara untuk berubah menjadi insan cemerlang:

1) Selidik diri kita dalam2.Fahami kelebihan dan kekurangan diri.
2) Sentiasa menerima teguran kawan2 dengan hati terbuka.Nak sentap mmg xsalah,mestilahkan malu gitu,tapi xpe..balik berfikir tentang teguran yang diterima.
3) Jangan pentingkan diri.Confirm kawan2 pun lari..meluat!
4) Bersyukur dengan apa yang dimiliki,dan yakin Allah juga akan memberi rezeki pada kita kelak.Jangan dengki2.
5) Pegang 4 kate kekunci untuk flow menjadi cemerlang.Ini aku dapat time tgk cerita motivasi di TV,iaitu MUST--->

* M : Mentor
Cari mentor yang boleh dijadikan contoh yang baik.

* U : Usaha
Sentiasa berusaha tanpa putus asa. Kuat semangat penting untuk mencapai usaha tu k..^_^

* S : Strategi
Strategi kene ada kawan. Jangan main redah je.Plan tak tersusun mestilah tunggang langgang hidup tu. Selesaikan satu persatu. Follow the flow kate Katy Perry =p

* T : Tawakkal
Terakhir bertawakkal yea..kepada siapa? Allah la..solat jangan tinggal,jahat2 pon Allah mesti pulihkan kejahatan tu..Ni dah jahat, xsolat lagi..Cammano tu?hehe..Papepun, dah buat semua kat atas tunggu jela keizinan dari Allah akan sesuatu permintaan kita tu k.

Orait, jadi sebagai peringatan untuk kita semua, bersederhana adalah lebih baik dari berlebih-lebihan sekiranya ia membawa kepada riak dan sombong. Perbaiki personaliti (luaran) untuk memantapkan peribadi (rohani)kita.Sama2lah kita perbaiki diri kita.Jangan malu jangan segan yea.Sendiri buat sendiri rasa..Panjang ceramah harini..Semoga ilmu ini sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan..insyaallah..

No comments:

Post a Comment