Wednesday, June 8, 2011

= pahamkan adab menziarahi jenazah =

Share
Adab menziarahi jenazah. Satu tajuk yang nampak biasa, tapi sudahkah anda pasti dan sudah betOl2 memahami konsepnya?..tergerak hati saya untuk mencari dan berkongsi adab menziarahi jenazah setelah mendengar pengalaman kakak sy melihat sendiri wujudnya sekumpulan masyarakat disini yang tidak mengamalkan adab yang baik dikala menziarahi jenazah. Hal ini patut diambil berat oleh semua umat Islam, xkira dimana dan siapa si arwah...


 Dalam hadith, Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang hadir menziarahi jenazah sehingga dapat menyembahyangkannya,  maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan, maka mendapat pahala sebesar dua buah gunung.” Riwayat Bukhari dan Muslim.


Diriwayatkan hadith dari Abdul Rahman b Abi Laila hadith dari Ali (r.a) yg berkata: 'Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa yg datang kpd saudaranya yg sama Islam menjenguk (atau menziarahinya) (maka dia seumpama) berjalan di taman-taman syurga sehingga duduk dia (di rumah saudara yg diziarahinya); maka ketika duduk dia (maka) menutupi (atau menyelubungi atasnya) kerahmatan Allah (a.w). Maka jika berpagi dia (menziarahi saudaranya itu) mendoakan selamat sejahtera atasnya 70,000 para malaikat sehingga petang hari; dan jika ada dia (menziarahi saudaranya itu) ketika petang, maka mendoakan selamat sejahtera atasnya 70,000 malaikat hingga pagi esoknya.' [Hadith ibnu Majah, Kitab Janaiz]


Merujuk hadith diatas, besarnya pahala yang kita boleh perolehi sekiranya kita ikhlas menziarahi jenazah dan tambah2 lagi jika kita dapat turut serta menyembahyangkannnya.Namun ramai yang tidak sedar akan rahmat Allah S.W.T.


Pelbagai adab perlu diambil kira di dalam konteks menziarahi jenazah ini. Diantaranya ialah:




1. Berdoalah supaya jenazah mendapat keampunan dari Allah S.W.T
2. Jika boleh, berilah bantuan dalam urusan penyempurnaan jenazah.
3. Yang penting,bacalah ayat2 al-Quran atau sedekahkan surah Yassin.
4. Mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan perasaan dukacita keluarga      arwah.
5. Mengingatkan keluarga arwah dengan kesabaran di atas ujian Allah.
6. Memperlihatkan riak wajah dan perasaan dukacita kepada waris di atas kembalinya si mati ke rahmatullah.
7. Menunaikan solat jenazah.

Selain dari 7 adab diatas, kita juga perlu alert dengan perkara2 yang tidak sepatutnya kita buat ketika menziarahi jenazah: (ini yg sstgh dr kita xsedar!)

1. Berbual kosong, bergelak ketawa tanpa wujud perasaan insaf dan kesal.
2. Datang ziarah, tetapi meminta itu dan ini..contohnya air la..makanan dan sebagainya. 
3. Menceritakan keburukkan tentang kisah arwah sewaktu arwah masih hidup dan memungut hutang.
4. Tidak menerima ketentuan Allah, dengan mengatakan Allah tidak adil dan sebagainya. Ingatlah, Allah itu Maha Mengetahui atas setiap sesuatu yang Dia tetapkan.

Ingatlah kawan2, salah satu tujuan kita menziarahi jenazah adalah untuk berbakti buat kali terakhir dan mendoakan arwah supaya ditempatkan dikalangan muslimin mahupun muslimat yang diberkati Allah. Jadi bersedekahlah sebanyak mana doa kepada arwah, bukan datang semata-mata untuk memperlihatkan kedatangan anda pada keluarga arwah tersebut. Setiap yang hidup pasti akan mati. Insyaallah, jika kita berdoa untuk ramai orang, tidak mustahil ramai orang juga yang akan mendoakan kita ketika mati kelak.

p/s: sy bukan alim ulama, tapi sy orang yang mencari ilmu dan sentiasa besar hati untuk berkongsi ilmu ini bersama kawan yang lain.=)




No comments:

Post a Comment