Thursday, May 12, 2011

kawan sejati

Share




kawan...
kau menjadi teman terapat selepas keluargaku...
kau menjadi teman dikala susahku...
kau menjadi teman dikala senangku...

kawan..
aku percaya segala kata-kata mu...
aku yakin dengan segala cerita-cerita mu...
aku pasti dengan janji-janji mu...

kawan...
aku meletakkan kau di hatiku...
aku menjadikan kau contoh dalam hidupku...
aku merasakan kau darah dagingku..

kawan...
kau tidak lagi begitu jika kau dengki padaku...
kau tidak lagi begitu jika kau menghasut aku...
kau tidak lagi begitu jika kau sudah mula berdalih denganku...




kawan....
apakah kau sedar erti kawan yang sebenar?

sedarlah kawan...
apabila kau mampu gembiraa..
apabila kau mampu menangis...
apabila kau melangkah berjaya...

kau sentiasa ingat kau ada seorang kawan disisi...
dengan itu terbuktilah engkau layak digelar seorang KAWAN yang baik...
jika tidak ubahlah sikap mu..
kerana kau tidak akan rugi apa-apa..

*Azlin Azman

No comments:

Post a Comment