Thursday, February 2, 2012

KESEIMBANGAN ANTARA SOLAT DAN CINTA

Share





Firman Allah : " Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar " (surah Al-Ankabut: 45)

Tahukah anda, betapa berkesannya SOLAT dalam hidup anda jika anda mengamalkannya dan menjadikannya kewajipan dalam hidup anda?

Bagaimana dikatakan SOLAT itu sudah sebati dalam hidup anda?

Jawapannya mudah bagi orang yang sudah merasanya. Begini, jika anda berasa janggal seperti lupa nak gosok gigi. ha! bagaimana rasanya?Anda rasa bersalah sangat jika meninggalkan solat walaupun sekali, itu bermakna anda sudah 'bercinta' dengan SOLAT itu..anda telah rasa sayang pada perkara itu.  Orang bila sudah sayang dan apatah lagi CINTA sudah tentu akan memikirkan indahnya perkara itu dan tidak mungkin ingin berpisah dengan perkara yang disukainya. Betul kan? Jadi bagi mereka yang ingin merasa perasaan begitu, cubalah cintakan rukun islam yang ke 2 ini. Tiada rugi malah menguntungkan anda. Bagaimana?

Ok..pabila anda sudah sebati dengan SOLAT...suatu keajaiban akan dirasai. Anda dah dekat pada sesuatu dugaan contohnya maksiat, TETAPI dengan iman dalam diri anda, anda pasti mampu menepis godaan syaitan itu. Mana datangnya iman? SOLAT..SOLAT..SOLAT..simple but awesome effects!! Itu pun jika betul iman tu kuat. Contohnya, jika anda sedang bercinta dengan seorang lelaki. Perkara normal yang akan berlaku ialah maksiat kan. Itulah perkara yang paling ditakutkan dan sebab itu ramai mengatakan bercinta itu HARAM. Yelah mana tidaknya, nak pegang2, peluk2, rapat2 dan mcm2 lagi kan..Sedangkan tiada haramnya bercinta jika anda pandai menjaga batas. Tapi boleh ke?! Zaman sekarang ni boleh dikatakan sangat susah untuk cari orang yang menjaga batasan pabila mereka bercinta. Tapi tak mustahil anda orang-orang yang terkecuali. Orang yang betul-betul tau susahnya menjaga pergaulan anatara lelaki dan perempuan ni pasti tak COUPLE pun..ha..tapi sekarang ni kita nak bagi mereka yang sudah dan sedang bercinta ni. Bagi nasihat secara paksaan pun sudah tentu orang pun tak suka kan. Yela, kita manusia biasa. Ada perasaan ingin menyayangi dan disayangi. Once perasaan macam tu datang dan susah sgt anda nak menolaknya, cuba la..kenal la apa itu bercinta..bercouple...saya pasti anda mampu berfikir. Jadi nasihat saya bagi mereka yang sedang bercinta, jika sukar bagi anda untuk putus kerana sayang sgt pada seseorang itu dan dalam masa yang sama ingin mendapat keredhaan Allah, mulakan segalanya dengan solat. Solat seperti dalam firman di atas, menyatakan bahawa ia mampu mencegah dari perkara yang keji dan mungkar. Ia ibarat pedinding dalam hubungan anda. Nak bagi kukuh lagi mengaji Al-Quran. Baca sikit, lama-lama mesti suka. Orang yang sayang pada dirinya kerana Allah pasti dapat jauhkan diri dari maksiat dll.

Bagaimana pula jika anda SOLAT, tapi masih lagi melakukan maksiat dan perkara mungkar yang lain? Itu adalah kerana solat yang tidak sempurna. Solat yang sempurna mestilah betul dari niat, cara berwuduk, cara solat, kebersihan diri dan tempat solat serta bacaan setiap doa didalam solatnya. Jika sempurna kesemuanya, sudah pasti anda yang pernah lalai dengan godaan syaitan akan berubah sedikit demi sedikit sekaligus membuatkan anda sendiri benci akan perkara2 mungkar yang pernah anda lakukan dulu. Ini adalah kerana solat yang sempurna mampu membentuk iman dan akhlak yang mulia kepada pengamalnya. Namun sekiranya, anda sudah berubah, tetapi pasangan anda masih mengajak ke arah maksiat dan DOSA, maka WAJIB bagi anda putus dan tinggalkan pasangan anda itu kerana tiada guna BERCINTA dengan orang yang tidak CINTAKAN ALLAH.Lebih baik jika, sama- sama berubah kearah kebaikan. Itu baru boleh dikatakan tiada salah untuk anda mencintai seseorang. Islam memudahkan umatnya. Ingatlah, setiap manusia sentiasa diberi peluang untuk BERTAUBAT. Allah itu Maha Penyanyang dan Maha Pemurah. Sekalipun anda pernah membuat dosa besar, sujud dan mengadulah kepada Allah. Mulakan dengan solat. Dalami solat. Perbaiki solat. Insyaallah segalanya akan menjadi KEAJAIBAN bagi anda. Ada jodoh, cukup duit, cukup ilmu dan lepas umur matang ha g kahwin yea..Jangan bercinta lama sangat. Pesanan terakhir dari saya,

p/s:  Kalau anda tidak ingin mencuba atau tidak dapat memenuhi syarat2 di atas tak payah bercinta. Sebab bercinta itu banyak dugaannya. Sayang diri dan peliharalah maruah diri. Peringatan bersama untuk semua muslimin dan muslimat. 


Rahsia Solat =) <------------- Click here

***Sesetengah orang bertudung tetapi tak bersolat. Apa gunanya? Adakah SOLAT itu susah sangat? SOLAT itu best. Percayalah. Malulah muka cantik tapi hati buruk. Iman pun tadak..Ape pon tak dapat kan..Erm..Renung- renungkan dan selamat beramal semua..^_^ Assalamualaikum. Salah silap tolong perbetulkan.








No comments:

Post a Comment