Sunday, July 17, 2011

emmm..

Share
xsgke nak buat reuniOn xsemudah yg disangke...buat senang..tp nak dapatkan support n kerjasama dr kawan2 mmg susahh..kan senang.kalo kwn2 bg respon dan pendapat dari awal..so aku pun mampu buat reunion seperti yang diorang harapkan..ni tidak, dah xlme ag nak due..tp,ade je halnyee..haih~

myb, laen kali aku wat reuniOn dgn org2 yg aku senang je..xmemeningkan kepala aku..aku buat semua ni kerana ikhlas n ats permintaan beberapa kawan2 jgk...huuuuuuu~ xpelahh..mugkin cabaran je kan...harap2 la semuanya boleh berjalan dgn lancar seperti yang aku dan shuq rancang..

aku harap semua yang support dan join reunion tu nnt dah cukup utk cover n bagi kegembiraan tahap maksimum utk reunion tu nnt...aku ni takot2 jgk..xtau ape akn jadik nnt..hahaha...may Allah help me..

Tuesday, July 12, 2011

excited!!

Share
sgt teruja utk reunion ni...hope kwn2 bg support!!!


sonokkkkkkk sgt....

Friday, July 8, 2011

BACA SAME2..----> RUKUN NEGARA

Share
SEMOGA MALAYSIA SENTIASA AMAN DAMAI..MARILAH KITA BERPEGANG PADA PRINSIP RUKUN NEGARA KITA!

1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4. KEDAULATAN UNDANG2
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Friday, June 24, 2011

i'm sick!!!

Share
aahhhh~ stOp thinking!

STALKER?? nooo~

but why??

i dunnO...

Wednesday, June 22, 2011

--personaliti cermin peribadi seseorang--

Share

Tajuk yang mudah difahami dan dimengerti. Personaliti merupakan satu cabang psikologi di mana ia menggambarkan keperibadian dalam proses seseorang itu ingin menjadi seorang insan. Keperibadian yang disebut bukan sahaja melalui pemakaian seharian kita, namun banyak lagi contoh personaliti yang dapat menggambarkan peribadi seorang insan itu. Di antara personaliti yang dimaksudkan termasuklah, pertuturan, adab makan, adab dengan orang tua, hobi dan minat. Jangan menyangka setiap yang kita lakukan kelihatan OK dimata orang walaupun tiada yang menegur. 

Berkait rapat dengan zaman sekarang, orang pun tidak mahu dilabel mulut tempayan atau sibuk menjaga tepi kain orang. Oleh sebab itu, kita sendiri la yang perlu menilai diri kita sendiri samada, dikategorikan sebagai personaliti menarik dan berperibadi terpuji mahupun personaliti buruk serta berperibadi tak disegani. Jangan lah menjadi orang yang ditengah, kerana itu juga gambaran kepada seseorang yang tidak seimbang hati dan pemikirannya. Jika mahu bersederhana,biarlah sama berat personaliti dan peribadinya, dan yang pasti kedua2 perkara tersebut mampu untuk kita perbaiki. 

Ok,sebagai contoh yang pertama, personaliti dari segi pemakaian. Sekiranya anda seorang yang bertudung seimbangkanlah personaliti yang suci itu dengan luaran yang bersih. Jangan pula, sudah cantik dimata dan disisi Islam,tetapi bersikap pengotor. Sedangkan Islam juga suka akan kebersihan kan?? Orang pun akan suka apabila kita bersih dan sopan. Seterusnya, jadilah orang yang beradab dan berbudi bahasa. Adab itu mencerminkan asal usul kita dan siapa tenaga pengajarnya. Tak gitu? Mak dan Abah juga bangga dapat anak beradab ni. Inikan tidak, ada pula yang cantik dah rupa parasnya, cantik pemakaiannya, cantik mekapnya TAPI tidak beradab dengan ibu bapa. Jangan nak mengada2.Dengan ibu bapa bercakap kasar, melebihkan BF dr ibu bapa,tak nak ringankan tulang langsung dan jarang mahu berterima kasih kepada mereka.Apalah salahnya ucap terima kasih.Mudah je. Ingatlah kawan2, bila hati ibu bapa kita senang, insyaallah kita juga akan mendapat kesenangan dan ketenangan.*peringatan untuk aku juga!hehehe..Untuk contoh terakhir,hobi dan aktiviti masa lapang kita..Erm,saya pasti ramai diluar sana yang suka pergi karaoke kan? Konsert? Kurang2kan lah yea..boleh untuk pergi,tapi jangan sampai melalaikan dan memudharatkan.Fikir2lah sendiri mudharatnya apa.

Sebenarnya,tidak susah untuk mencapai personaliti dan peribadi yang cantik,hanya dengan kesungguhan dan keinginan untuk mendapat keberkatan Allah kita mesti berjaya lakukannya. Beberapa cara untuk berubah menjadi insan cemerlang:

1) Selidik diri kita dalam2.Fahami kelebihan dan kekurangan diri.
2) Sentiasa menerima teguran kawan2 dengan hati terbuka.Nak sentap mmg xsalah,mestilahkan malu gitu,tapi xpe..balik berfikir tentang teguran yang diterima.
3) Jangan pentingkan diri.Confirm kawan2 pun lari..meluat!
4) Bersyukur dengan apa yang dimiliki,dan yakin Allah juga akan memberi rezeki pada kita kelak.Jangan dengki2.
5) Pegang 4 kate kekunci untuk flow menjadi cemerlang.Ini aku dapat time tgk cerita motivasi di TV,iaitu MUST--->

* M : Mentor
Cari mentor yang boleh dijadikan contoh yang baik.

* U : Usaha
Sentiasa berusaha tanpa putus asa. Kuat semangat penting untuk mencapai usaha tu k..^_^

* S : Strategi
Strategi kene ada kawan. Jangan main redah je.Plan tak tersusun mestilah tunggang langgang hidup tu. Selesaikan satu persatu. Follow the flow kate Katy Perry =p

* T : Tawakkal
Terakhir bertawakkal yea..kepada siapa? Allah la..solat jangan tinggal,jahat2 pon Allah mesti pulihkan kejahatan tu..Ni dah jahat, xsolat lagi..Cammano tu?hehe..Papepun, dah buat semua kat atas tunggu jela keizinan dari Allah akan sesuatu permintaan kita tu k.

Orait, jadi sebagai peringatan untuk kita semua, bersederhana adalah lebih baik dari berlebih-lebihan sekiranya ia membawa kepada riak dan sombong. Perbaiki personaliti (luaran) untuk memantapkan peribadi (rohani)kita.Sama2lah kita perbaiki diri kita.Jangan malu jangan segan yea.Sendiri buat sendiri rasa..Panjang ceramah harini..Semoga ilmu ini sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan..insyaallah..

Tuesday, June 21, 2011

jatuh cinta lagii..auuww~

Share
POLKA DOT!!!

dah dpt kasut polka dot pulakkk...yeaa!!!!



Thursday, June 16, 2011

sabar itu mencerminkan keimanan ^_^

Share



Alhamdulillah setelah aku muhasabah diri, aku mula sedar Allah memberi setiap kesusahan kerana Allah ingin memberi kesenangan kelak..Insyaallah..Berdasarkan blog2 yang aku baca tadi, banyak daripadanya memberi manfaat iaitu semangat dan kesedaran tentang sifat sabar dalam menerima sebarang kegagalan dan kesusahan.

Mungkin ada yang tidak faham, kegagalan apa yang saya alami..Sebenarnya bukanlah kegagalan yang dahsyat,tapi disebabkan itu satu impian yang xtercapai jadi aku 'frust' la kwn2..huhuhu..Kegagalan yang dimaksudkan pointer untuk sem 3 yang lepas tidak memberangsangkan, dan yang penting xmerasa anugerah dekan lagi..wuaaaa~

Tadi terbace satu blog http://persatuanal-quds.blogspot.com/ dan terbace post ni..saya rase menarik untuk dikongsikan bersama semua..Mari kite renungkan yea:

Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud," Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga." Riwayat Bukhari

Huraian :
Pengajaran hadis:

i) Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.

ii) Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata:” Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Maksud al-Baqarah :156)

iii) Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.

iv) Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.

v) Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.


Aku paling suke ayat yang ke 5 ni...Terima kasih untuk penulis blog diatas..Menjadi rujukan saya untuk sedar erti kesabaran..Semoga Allah memberi kemudahan untuk aku terus berusaha dan berjaya untuk sem yang akan datang..Insyaallah~




p/s: untuk su n dot,rakan seKOS aku, n kawan baek aku ni..Tahniah untuk kejayaan korang yea..doakan kejayaan aku jugak yea..Harap2 boleh jadi cam korang jugak sem akn dtg..Tahniah!!!