Thursday, June 16, 2011

perasaan ape ni?

Share






RESULT DAH KUARRRR!!!!!!!!!!
alhamdulillah...lulus semuanya.....

Wednesday, June 15, 2011

::ingatan kepada remaja::

Share


setiap remaja di luar sane yea...termasuk aku di sini..hehe..beringat2 la kite sebelum kite leka n hanyut dlm kegembiraan di dunia ni...aku harap siapa yg terbace blog aku ni faham..aku mmg xnmpk seperti alim..xsempurna sgt dimata yg alim diluar sane..tapii..alhamdulillah aku cube utk menjaga diri aku dengan baik...aku mengaku ade juga salah2 kecil yang terlepas pndg aku lakukan..dan aku dgn hati terbuka akan menerima teguran kawan2..jadii aku juga berhak untuk memberi nasihat kan?mane2 yang aku nmpk salah aku ptt tegur dgn cara mcmni...siapa terbace sekurang2nya dapat menyedarkan sedikit sebanyak kan..
apa yang aku nak tegur atau kupaskan ialah sosial yang melampau di luar sane..aku semakin risau, sampai aku sndri takOt kalo2 aku pun leh terjebak same..tp,insyaallah,berkat doa mak abah aku janji aku akan jadi perempuan yang baikk..=) insyaallah..

bila aku buka FB, aku rajin buka page kwn2 aku..kwn2 lame terutamanya..sedihh bila melihat ade yang berubah..mendedahkan aurat melampau-lampau..pergi clubbing, yang xtahan nmpk ade air arak dlm gamba 2..takott la...dalam islam,'matlamat tidak menghalalkan cara'..xde istilah,wat2 jahat pon ingat Allah..xpki tudung pon solat..yea..mmg benar Allah sahaja yang akan menilai ibadah kita..dan sememangnya perkara yang membezakan manusia disisi Allah adalah tahap iman seseorang...jika benar kita beriman kepada Allah,perkara yang paling basic kita jagalah..iaitu SOLAT,menutup aurat n pergaulan..nak tegur pon xmampu..lg2 rakan sebaya ni..takOt2 kite yang dimarah balik.n takot jgk kalo aku sendiri diduga oleh Allah dengan keadaan yang sama..aku berdoa supaya aku dan kita semua terselamat dr dugaan Allah yang tidak tertanggung oleh kita..

apa yang menyebabkan semua tu terjadi yea? pengaruh kawan2 kan..dan pada pendapat aku, entertainment baik dr timur n barat dah banyak diserap dalam jiwa remaja skrg ni..terlalu byk hiburan diagung2kan..videO klip pon mengarut2 dah..itu semua menyumbang kepada maksiat dan perkara2 buruk..dan selain tu, ibu bapa pun dah tak kisah dah ape je anak2 buat..kononnye sporting..oh please..kalo mak ayah xcOntrol abes la..sedangkan mak ayah yg control pon anak2 bole rosak,ni lg yg xcOntrol..betapa pentingnya iman sejak dr awal lg kan..


apa yang paling penting sekarang ni untuk mngubah segalanya adalh iman seseorang...kembalilah wahai kwan2ku ke pangkal jalan..janganlah berserOnok sangat sampai lupa segala2nya..aku juga menulis ni sambil mengingatkan kepada diriku sendiri..sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang kawan2..janganlah malu untuk berubah..jadilah orang yang besederhana didunia ini..lakukan yang baik dan tambahkan sebanyak mana yang mampu..tapii jgn la tambahkan keburukkan..

semoga kita semua hidup gembira tetapi di dalam linkungan yang diberkatii..insyaallah~

Wednesday, June 8, 2011

= pahamkan adab menziarahi jenazah =

Share
Adab menziarahi jenazah. Satu tajuk yang nampak biasa, tapi sudahkah anda pasti dan sudah betOl2 memahami konsepnya?..tergerak hati saya untuk mencari dan berkongsi adab menziarahi jenazah setelah mendengar pengalaman kakak sy melihat sendiri wujudnya sekumpulan masyarakat disini yang tidak mengamalkan adab yang baik dikala menziarahi jenazah. Hal ini patut diambil berat oleh semua umat Islam, xkira dimana dan siapa si arwah...


 Dalam hadith, Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang hadir menziarahi jenazah sehingga dapat menyembahyangkannya,  maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan, maka mendapat pahala sebesar dua buah gunung.” Riwayat Bukhari dan Muslim.


Diriwayatkan hadith dari Abdul Rahman b Abi Laila hadith dari Ali (r.a) yg berkata: 'Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa yg datang kpd saudaranya yg sama Islam menjenguk (atau menziarahinya) (maka dia seumpama) berjalan di taman-taman syurga sehingga duduk dia (di rumah saudara yg diziarahinya); maka ketika duduk dia (maka) menutupi (atau menyelubungi atasnya) kerahmatan Allah (a.w). Maka jika berpagi dia (menziarahi saudaranya itu) mendoakan selamat sejahtera atasnya 70,000 para malaikat sehingga petang hari; dan jika ada dia (menziarahi saudaranya itu) ketika petang, maka mendoakan selamat sejahtera atasnya 70,000 malaikat hingga pagi esoknya.' [Hadith ibnu Majah, Kitab Janaiz]


Merujuk hadith diatas, besarnya pahala yang kita boleh perolehi sekiranya kita ikhlas menziarahi jenazah dan tambah2 lagi jika kita dapat turut serta menyembahyangkannnya.Namun ramai yang tidak sedar akan rahmat Allah S.W.T.


Pelbagai adab perlu diambil kira di dalam konteks menziarahi jenazah ini. Diantaranya ialah:




1. Berdoalah supaya jenazah mendapat keampunan dari Allah S.W.T
2. Jika boleh, berilah bantuan dalam urusan penyempurnaan jenazah.
3. Yang penting,bacalah ayat2 al-Quran atau sedekahkan surah Yassin.
4. Mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan perasaan dukacita keluarga      arwah.
5. Mengingatkan keluarga arwah dengan kesabaran di atas ujian Allah.
6. Memperlihatkan riak wajah dan perasaan dukacita kepada waris di atas kembalinya si mati ke rahmatullah.
7. Menunaikan solat jenazah.

Selain dari 7 adab diatas, kita juga perlu alert dengan perkara2 yang tidak sepatutnya kita buat ketika menziarahi jenazah: (ini yg sstgh dr kita xsedar!)

1. Berbual kosong, bergelak ketawa tanpa wujud perasaan insaf dan kesal.
2. Datang ziarah, tetapi meminta itu dan ini..contohnya air la..makanan dan sebagainya. 
3. Menceritakan keburukkan tentang kisah arwah sewaktu arwah masih hidup dan memungut hutang.
4. Tidak menerima ketentuan Allah, dengan mengatakan Allah tidak adil dan sebagainya. Ingatlah, Allah itu Maha Mengetahui atas setiap sesuatu yang Dia tetapkan.

Ingatlah kawan2, salah satu tujuan kita menziarahi jenazah adalah untuk berbakti buat kali terakhir dan mendoakan arwah supaya ditempatkan dikalangan muslimin mahupun muslimat yang diberkati Allah. Jadi bersedekahlah sebanyak mana doa kepada arwah, bukan datang semata-mata untuk memperlihatkan kedatangan anda pada keluarga arwah tersebut. Setiap yang hidup pasti akan mati. Insyaallah, jika kita berdoa untuk ramai orang, tidak mustahil ramai orang juga yang akan mendoakan kita ketika mati kelak.

p/s: sy bukan alim ulama, tapi sy orang yang mencari ilmu dan sentiasa besar hati untuk berkongsi ilmu ini bersama kawan yang lain.=)




Wednesday, June 1, 2011

1 jun 2011

Share






tarikh hari lahir aku yang ke 23..alhamdulillah aku masih lagi bernafas di alam ini dalam keadaan yang sihat dan gembira..aku bersyukur atas segala yang aku miliki terutama mak, abah, kakak2, adik lelaki ku, abg2 iparku, anak2 buahku. kekasih hatiku yang setia bersamaku...

aku gembira kerana aku dilahirkan 23 tahun yang lalu didalam keluarga yang bahagia,cukup nilai agamanya,baik budi pekertinya dan bagus kewangannya ^_^..

semalam tarikh 1 jun 2011 aku berdoa semoga hidupku sentiasa diberkatiNya dan tidak hanyut dengan keseronokan di dunia ini..tambahan lagi, apabila ramai yang mendoakan kejayaanku dan memberi ucapan hari jadi yang baik2..alhamdulillah.....

sambutan semalam bersama teman setiaku muhamad khairul fakri mohamed, sangat menyentuh hati wanitaku..walaupun tidak hebat dimata orang,,nampak biasa2 saja, tapi bagi aku pengalaman semalam sweet sgt..tiada apa dapat dibalas melainkan kasih sayang dan ucapan terima kasih pada beliau...di sebelah pihak familiku,tiada sambutan tapi akan dipostpone kan...hehhe..aku xkisah,mmg dah biasa tak on time =)

tapii,dalam kegembiraan,ade jugk sedihnya hari jadi aku pada tahun ni...iaitu sambutan dari kawan2 baikku...


aku tidak juga mengharapkan sambutan atau hadiah...tapi ucapan dan ingatan mereka kepadaku sangat aku perlukan...entah kenapa buat pertama kalinya dalam hidup aku, tiada seorang kawan pun mau yang rapat, baik ataupun mesra bertelefon...semua hanya melalui sms,faceboOk..dan ade jgk yg xwish lgsung..sedikit kecewa..itulah perkara yang plg xbest berlaku untuk harijadi aku untuk tahun ni....bak kate aie,jangan ambil kisah sangat, anggap biasa..tapi aku macam xboleh, sebab kawan juga mempunyai ruang yang istimewa dalam hati kecilku ini...tapi tidak mengapa, bagi semua kawan2, sanak saudara *cewaahhh~ yang mengucapkan selamat hari jadi, hepi besday dan sebagainya didalam facebOok  pada aku..terima kasih aku ucapkan..tanda ingatan mereka pada aku..

Tuesday, May 24, 2011

bila usia bercinta melebihi 3 tahun..

Share
brape lame dah couple?
dah 4 tahun lebih dahh..


ooiii...lame dah...besttnyee!!!
HEHE...bolehh la...xpasan pon..tup tap2x dah 5 tahun dah...;p


awak nnt plan nak kawen bile?
sy xpasti la..mgkin 4, 5 tahun lg kot...ntah la awak...

awak pasti tak dia calon suami awak?
emmm...mungkin yea...mungkin tidakkk...

cukup sampai disitu dialognye..itu hanyelah gambaran pada keadaan aku..bila aku fikir2kan...lame2 couple pon aku masih xpasti utk masa depan aku...aku masih lg berkira2 dgn siapa akan aku kahwin...walaupon secara jujurnya aku mmg syg pd bf aku...tapii di tahap skrg ni...kdg2 makin lme kami kenal n bercinta..lg byk selisih paham berlaku...mcm mane perkara tu boleh berlaku ea....

ada x perkara camni berlaku pd anda...mugkin ada yg jawab yea..mgkin jgk tidak...aku rase ini semua perkara biasa kot dlm pasangan yg bercinta...tapii itulahh..org kate kdg2 suke xsuke masalah bg org yg bercinta ni mmg mengganggu fikiran...siapa yg kate tidak dia mmg hati keringg la aku rase...

tak ada apa yg aku nak ulas sgt ttg perkara ni..cuma pd pndgn aku xpyh la bercinta lame2...kawen jela cepat kalo dah rase lelaki tu boleh membimbing kite kearah kebaikan kelak..baik bg lelaki mahupon perempuan...tapi utk yg sebaliknya yg x bercinta lg jgn lah rse rendah diri or tertekan, anggap lah diri korang lg beruntung sebab korg boleh elakkan byk perkara negatif yg mengganggu pikiran korg nnt...

entah kenapa aku tulis semua ni...mungkin aku xtau nak luahkan kat mne kot...aku rase aku xde seorg pon yg betol2 setia utk mendengar semua ni..jadi lebih baek menulis jea...n aku akn lupekan semua ni pas aku luah kat cni..hehehe...


kate si hati: rindu sgt2 pada org2 yg aku mimpi malam td...haih~

Thursday, May 12, 2011

Share


GUESS WHO???

kawan sejati

Share




kawan...
kau menjadi teman terapat selepas keluargaku...
kau menjadi teman dikala susahku...
kau menjadi teman dikala senangku...

kawan..
aku percaya segala kata-kata mu...
aku yakin dengan segala cerita-cerita mu...
aku pasti dengan janji-janji mu...

kawan...
aku meletakkan kau di hatiku...
aku menjadikan kau contoh dalam hidupku...
aku merasakan kau darah dagingku..

kawan...
kau tidak lagi begitu jika kau dengki padaku...
kau tidak lagi begitu jika kau menghasut aku...
kau tidak lagi begitu jika kau sudah mula berdalih denganku...




kawan....
apakah kau sedar erti kawan yang sebenar?

sedarlah kawan...
apabila kau mampu gembiraa..
apabila kau mampu menangis...
apabila kau melangkah berjaya...

kau sentiasa ingat kau ada seorang kawan disisi...
dengan itu terbuktilah engkau layak digelar seorang KAWAN yang baik...
jika tidak ubahlah sikap mu..
kerana kau tidak akan rugi apa-apa..

*Azlin Azman